Sunday, 21 June 2015

CERAMAH PERDANA KASTURI 2015

Pada 17hb Jun 2015 yang lalu, sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, Kelab Kebajikan Staf Pejabat Canselori (Kasturi) telah mengadakan satu ceramah perdana yang bertajuk "Ramadhan- Bulan Meraih Keberkatan". Ceramah yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM, Johor ini disampaikan oleh Ustaz Abdul Aziz bin Ahmad, daripada Pusat Islam UTHM. Semoga ceramah ini memberi manfaat kepada lebih kurang 50 orang ahli Kasturi yang hadir.
                                           
Timbalan Pengerusi Kasturi bersama Penceramah Jemputan Ustaz Abdul Aziz
Antara ahli Kasturi yang menghadirkan diri
our emcee